kamarolhalimphotoscape@blogspot.com

Tuesday, July 26, 2011

Majalah Aperture keluaran Ogos 2011

Segala usaha selama 4 tahun akhirnya menjelma juga untuk kali pertama gambar yang aku shot diterima Majalah Aperture keluaran Ogos 2011.
Misi seterusnya membuat penghantaran gambar lain pula ke penerbit majalah fotografi dalam & luar negara.
Gambar ini dirakam semasa aku menghadiri Pertandingan Selangor Harritage Photowalk 2011 di Bandar Kelang, Selangor.
En Sharkawi Che Din & salah seorang pelajarnya Eiriizm Yuki turut serta dalam photoshot hari itu. Ianya adalah suatu pengalaman yang berbaloi-baloi.

Sunday, July 10, 2011

Malacca River Lanscape 2011

Aku memberi nafas baru kepada gambar yang aku rakam pada awal tahun 2010 sewaktu aku dan keluarga menghabiskan masa hujung minggu kami dengan melawat negeri melaka.


Sunset at Port Dickson Beach, Negeri Sembilan.

Kali ini aku cuba menambah kelainan pada hasil karya aku dengan mengunakan HDR format untuk menghasilkan sebuah pemandangan untuk pengunjung blog aku. kepada pengunjung yang tidak menyukai hasil tersebut boleh membuat komen pada blog aku.



Tuesday, June 7, 2011

Food Photography - Malaysian Chicken Herb Grilled


Kali ini aku saja membuat kelainan gambar kiriman aku menceritakan mengenai makanan. Oleh kerana bidang masakan merupakan bidang hujung minggu, aku persembahkan hasil usaha aku untuk tatapan pengunjung blog aku.

Sehari Bersama En. Sharkawi Che Din

Pada 4 Jun 2011, aku berkesempatan menghabiskan masa lapang sabtu aku dengan En. Sharkawi Che Din seorang yang amat dikenali didalam dunia fotografi lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan pemandangan, macro & macam macam lagi.
Pengalaman bersama En. Sharkawi pada hari itu dapat aku gunakan dengan sepenuhya dengan menanya sedikit sebanyak tentang pengalaman beliau serta tips yang berguna sepanjang pembabitan beliau didalam industri ini.


Jika diberi kesempatan sekali lagi akan aku ambil peluang keemasan ini untuk berdamping dengan "Master Lanscaping Photographer" yang telah memenangi pelbagai pertandingan diperingkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Akhir kata aku mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada beliau kerana sudi memberi tunjuk ajar pada hari bekenaan. Semoga beliau tidak jemu menyumbang bakti dan mencurah ilmu kepada generasi seperti aku pada masa hadapan.

Terima Kasih

Saturday, May 14, 2011

1 Misi, 1 Matlamat & 1 Malaysia.

Selamat sejahtera, terlebih dahulu ingin saya maklumkan bahawa blog saya yang terdahulu iaitu http://kamarolhalim.blogspot.com telah ditukar kepada http://kamarolhalimphotoscape.blogspot.com. Disini saya ingin merakamkan jutaan kata maaf kepada pengunjung saya yang terdahulu diatas masalah ini.
   Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung terutamanya kepada sesiapa yang meminati bidang ini yang sama seperti aku.
   Sesuatu yang mengubah kehidupan aku pada hari ini yang membuatkan aku tertanya-tanya adakah tindakan aku ini betul atau pun ianya hanya sekadar "hangat-hangat tahi ayam".
   Tapi apa yang pasti semakin hari semakin sayang & cinta aku bidang ini. Akan aku teruskan perjalanan untuk mengejar impian aku menjadi Lanscape & Travel Photographer yang berjaya suatu hari nanti, Insyallah.